Monday, April 11, 2016

Doa

Bila manusia mula bergantung pada selain daripada Allah, maka terumbang-ambinglah hidupnya. Aku pernah bergantung pada seseorang. Aku pada masa itu percaya yang dia mampu membahagiakanku. Percaya yang dia tidak akan kecewakan aku. Aku serahkan hati aku pada dia. Aku buta dengan rasa sayang aku pada dia.

Dalam pada masa yang sama, aku berdoa pada Tuhan, jika dia untukku, satukan, dekatkan. Jika dia bukan untukku, jauhkan, pisahkan dia dariku. Saban hari aku sebutkan namanya dalam solatku, dalam sujudku. Hati aku kuat mengatakan, dia dijadikan untukku. Perit, pedih, sendu, pilu, aku tetap padanya. Aku buta. Bergantung harap pada dia yang juga tidak tahu kesudahan kisah aku dan dia.

Beberapa kali aku pasrah tapi aku harus bangkit. Bangkit dengan harapan agar aku lebih gembira. Sejak dari hari itu, aku letakkan harapan ku yang menggunung padaNya. Kerana aku tahu, Dia takkan pernah sesekali menghampakanku. Aku akui, setelah meninggalkkanya jauh dari hidupku, aku merasa lebih tenang. Bak kata orang, tak semestinya orang yang kita suka, mampu membahagiakan kita. Kali ini, aku nekad untuk jauh dari dia. Jika dulu, dia diibaratkan sebagai parasit. Menyedut segala zat aku, gembiraku, tangisku. Terima kasih juga pada dia. Kerana dia hadir dalam hidupku, aku lebih bersyukur sekarang. Aku lebih matang. Lebih segalanya dari sebelumnya.

Dendam? Tiada dendam untuk dia. Cuma doa yang sentiasa aku iringi dalam solatku. Semoga dia diberikan kesihatan yang terbaik. Aku tahu dan yakin. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Biarlah memori yang manis tentang dia aku simpan, yang pahit biarlah berlalu pergi. Biarlah aku kenang dia sebagai insan yang baik pernah aku kenali. Biarlah apa pun niat dia sepanjang perkenalan, aku redha, aku terimanya.

-NNF88-

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Itulah yang terbaik...

    ReplyDelete